Tuesday, October 27, 2009
TAJUK PENTING KARANGAN 2009
Antara tajuk penting yang dikutip dari buku teks tingkatan 4 dan tingkatan 5 yang masih belum disoal dalam karangan SPM ialah:
i. Isu pendidikan
ii. Pelancongan
iii. Pemeliharaan bangunan bersejarah
iv. Pelaburan dan tabungan
Tajuk-tajuk berkaitan isu semasa yang menjadi tumpuan sepanjang tahun 2008 pula adalah termasuk:
i. Kenaikan harga barang-barang
ii. Isu buli
iii. Pendatang tanpa izin
iv. Penggunaan bahasa Inggeris
v. Masalah sosial dalam kalangan remaja
Pelajar dinasihati supaya mengambil serius tajuk-tajuk tersebut agar lebih mahir. Cuba pelbagaikan bentuk soalan sama ada dalam bentuk karangan perbincangan, fakta, surat kiriman, ucapan dan ceramah, wawancara dan sebagainya.
Pelajar juga dinasihati supaya mengulang kaji tajuk-tajuk lain yang tidak dinyatakan di sini bagi mengelakkan kejutan sekiranya tajuk yang diramalkan tidak dikeluarkan dalam peperiksaan SPM yang akan datang. Apapun, kami sentiasa berusaha untuk yang terbaik kepada para pelajar.
NOTA KOSERTO TERAKHIR
Novel ini mengisahkan Hilmi datang ke Kuala Lumpur untuk mencari bapa saudaranya yang bernama Datuk Johari. Dia berjaya menemui bapa saudaranya dan tinggal di rumah tersebut sebagai tukang kebun. Ketika keluarga Datuk Johari bercuti, Hilmi mula memberanikan diri bermain piano. Sejak itulah bakatnya mula berkembang dan dia mendalami bidang muzik daripada pakcik Bakar. Hubungan Hilmi dengan Hayati begitu akrab dan tidak disenangi oleh Datin Salmah. Oleh sebab selalu bertemu anak pakcik Bakar iaitu Azizah, akhirnya berputik perasaan cinta lalu mereka berumahtangga.
Azizah merupakan seorang yang materialistik menyebabkan hubungannya dengan Hilmi berakhir dengan penceraian menyebabkan Hilmi tertekan. Ketika pertunjukan Orkes Perdana akan berlangsung, Hilmi tersungkur dan tempatnya digantikan oleh Hayati. Hilmi dimasukkan ke hospital. Tidak beberapa lama kemudian, Hilmi meninggal dunia. Datuk Johari terkejut apabila mendapat tahu bahawa Hilmi ialah anak kandungnya. Akhirnya Datuk Johari juga meninggal dan Datin Salmah insaf.
TEMA:
Tema untuk novel Konserto Terakhir ialah perjuangan hidup dan kegigihan seorang anak muda yang berasal dari kampung yang berhijrah ke bandar untuk mencari pekerjaan dan akhirnya berjaya menjadi seorang seniman besar negara.
Berikut ialah bukti-bukti yang menunjukkan bahawa watak Hilmi adalah seorang yang gigih.
1.Gigih menghadapi penghinaan daripada Datin Salmah ketika bekerja sebagai tukang kebun di rumah Datuk Johari. Penghinaan ini berlaku disebabkan beliau hanya seorang pemuda kampung dan berpendidikan rendah.
2. Gigih mempelajari muzik daripada Encik Bakar walaupun pada masa yang sama terpaksa membahagikan masanya untuk bekerja di sebagai pembantu di stesen minyak sehingga menjadi seorang pemuzik yang terkenal.
3. Gigih mencipta lagu pelbagai lagu sehingga lagu yang diciptanya terkenal di seluruh tanah air.
4. Gigih menghadapi masalah rumah tangganya walaupun akhirnya terpaksa berpisah dengan isterinya disebabkan sikap Azizah yang mementingkan kekayaan.
5. Gigih berusaha bagi memastikan kejayaan konsert perdananya walaupun terpaksa mengabaikan kesihatan dirinya sendiri.
PERSOALAN/ MESEJ:
1. Kegigihan berusaha untuk mengubah kehidupan dan masa depan: Contohnya Hilmi menyedari dia anak kampung yang tidak berpelajaran dan hanya bersekolah darjah 4 sekolah Melayu. Dia sering mendapat penghinaan khususnya daripada Datin Salmah. Hilmi mendapat dorongan daripada Pak Amat supaya berusaha gigih untuk mencapai cita – citanya iaitu menjadi seorang pemuzik dan secara tidak langsung telah mengubah corak hidup dan masa depannya.
2. Cinta dan kasih sayang sesama manusia: Contohnya dapat ditunjukkan melalui kasih sayang antara Hilmi dan Hayati serta cinta dan kasih sayang antara Hilmi dan Azizah. Cinta dan kasih sayang dilihat pada awalnya lebih kepada simpati.
3. Agama yang dapat mengembalikan ketenangan hidup: Contohnya Hayati ialah seorang gadis yang penuh dengan kebebasan tetapi telah berubah dan berasa tenang setelah mula mendekati agama melalui ibadah solat dan mendalaminya melalui buku – buku agama seperti Hidup Sesudah Mati.
4. Semangat kerjasama yang membawa kejayaan: Contohnya kejayaan Orkes Hilmi merupakan kejayaan berkumpulan dan semangat itu ditunjukkan ketika Hilmi dimasukkan ke hospital dan pertunjukan Orkes Perdana itu berjaya dan mendapat pujian.
5. Sikap segolongan masyarakat yang terlalu mementingkan pangkat dan darjat: Contohnya Datin Salmah menghina Hilmi kerana menganggap Hilmi hanya seorang pemuda kampung dan tidak berpendidikan tinggi.
6. Gaya hidup segolongan masyarakat yang bersifat kebaratan: Contohnya Datin Salmah sering menghadiri “morning coffee” manakala rumah datuk Johari terdapat sebuah “mini bar”.
7. Sikap suami atau isteri yang curang: Contohnya walaupun sudah bersuami, Hayati masih mencintai Hilmi dan bertemu Hilmi sebelum ke luar negara bersama dengan Mohsin.
8. Sikap sesetengah golongan masyarakat yang masih mempercayai perkara karut dan khurafat: Contohnya Datin Salmah percaya bahawa Hilmi menggunakan ubat guna-guna terhadap Hilmi.
NILAI/ NILAI MORAL:
1. Kegigihan : Contohnya Hilmi gigih mempelajari muzik daripada Encik Bakar sehingga akhirnya beliau menjadi seorang pemuzik dan pencipta lagu yang terkenal.
2. kasih sayang : Contohnya Hayati amat mencintai kekasihnya Hilmi sehingga beliau berubah daripada seorang gadis kebaratan kepada seorang gadis yang taat akan agama.
3. Keimanan : Contohnya Hayati taat mengerjakan sembahyang setelah membaca kitab bertajuk “Hidup sesudah mati”.
4. Kerjasama : Contohnya Hayati menggantikan tempat Hilmi untuk memimpin kosert perdana setelah Hilmi dimasukkan ke hospital dan kerjasama itu menjadikan konsert tersebut mendapat pujian.
5. Merendah diri : Contohnya, Datin Salmah tidak memiliki sikap rendah diri kerana menghina Hilmi serta bersikap bongkak dan mementingkan darjat.
6. Kejujuran : Contohnya, Hayati tidak jujur kepada suaminya kerana masih mencintai Hilmi walaupun beliau telah bersuamikan Mohsin.
7. Patuh perintah ibu bapa : Contohnya, Hayati memamatuhi perintah ibunya dan mengikut kemahuan ibunya supaya berkahwin dengan Mohsin.
PENGAJARAN:
1. Kita mestilah gigih berusaha untuk mencapai cita-cita yang diinginkan: Contohnya Hilmi gigih mempelajari muzik sehingga Berjaya menjadi pemuzik dan pencipta lagu yang terkenal.
2. Kita mestilah sentiasa mengamalkan kerjasama untuk memburu kejayaan: Contohnya Hayati menggantikan tempat Hilmi semasa beliau dibawa ke hospital dan kerjasama itu membolehkan konsert perdana tersebut Berjaya.
3. Kita mestilah mengamalkan nilai kasih sayang sesama manusia: Contohnya pada peringkat awal Hayati menyayangi Hilmi kerana rasa simpati dan kemudiannya bertukar cinta kepada kekasih.
4. Kita mestilah sentiasa patuh kepada ibu bapa kita: Contohnya Hayati patuh akan perintah ibunya supaya beliau berkahwin dengan Mohsin.
5. Sebagai seorang isteri, kita mestilah jujur kepada suami: Contohnya walaupun sudah berkahwin dengan Mohsin tetapi Hayati tidak jujur kerana masih mencintai Hilmi.
6. Kita mestilah membantu orang yang memerlukan bantuan: Contohnya Encik Bakar mengajar muzik kepada Hilmi tanpa sebarang bayaran kerana ingin membantu Hilmi menjadi pemuzik terkenal.
7. Sebagai umat, kita mestilah patuh kepada perintah Tuhan : Contohnya Hayati sentiasa mengerjakan solat setelah membaca buku “Hidup sesudah mati”.
WATAK DAN PERWATAKAN:
A. Hilmi
1. Pemuda kampung berpendidikan rendah : Hilmi berasal dari kampung di Kedah dan hanya berkelulusan darjah empat sekolah rendah.
2. Seorang yang rajin : Hilmi rajin mengusahakan taman di rumah datuk Johari sehingga taman itu menjadi cantik serta mendapat pujian daripada rakan-rakan Datin Salmah. Dia juga rajin mengusahakan kebun di rumah itu sehingga sayur-sayurannya berbuah lebat.
3. Seorang yang gigih / tabah : Hilmi gigih menghadapi cabaran hidup apabila sentiasa sanggup berdepan dengan penghinaan Datin Salmah. Kegigihan Hilmi juga dapat dilihat melalui usahanya yang bersungguh-sungguh untuk mempelajari muzik daripada Encik bakar.
4. Seorang yang artistik : Hilmi bijak berusaha mengadun taman di rumah Datin Salmah sehingga taman itu menjadi cantik serta menarik.
5. Seorang yang penyabar : Hilmi sentiasa sabar menghadapi penghinaan Datin salmah. Dia juga tidak pernah menceritakan sikap sebenar Datin Salmah atau memburuk-burukkan mereka kepada Pak Karim semasa dia bertemu Pak Kasim.
6. Seorang yang bercita-cita tinggi : Hilmi merantau ke Kuala Lumpur untuk berusaha mencapai impiannya menjadi orang yang Berjaya. Dia berusaha mengejar impiannya dengan berusaha belajar muzik daripada Encik Bakar sehingga menjadi seorang.
7. Seorang yang kuat agama : Hilmi tidak pernah meninggalkan sembahyang lima waktu walau di mana sekalipun dia berada.
8. Seorang yang bijak/ berkebolehan : Dapat memainkan piano dan mengenal kod piano walaupun hanya dengan mendengar Hayati memetik pianonya.
B. Datin Salmah:
1. Ibu saudara Hilmi : Beliau isteri Datuk Johari dan ibu kepada Hayati.
2. Seorang yang sombong dan mementingkan darjat: Datin Salmah tidak dapat menerima Hilmi kerana Hilmi berasal dari kampung serta berpelajaran hanya setakat darjah empat sekolah rendah. Beliau sering menghina Hilmi dan kerap mencari jalan agar Hilmi dapat keluar dari rumahnya.
3. Hidup secara kebaratan : Datin salmah menjalani kehidupannya seperti masyarakat barat. Beliau dikatakan selalu bertemu rakan yang setaraf di ‘Morning Coffee”.
4. Percaya kepada kepercayaan tahyul : Datin Salmah masih mempercayai kepercayaan karut apabila mempercayai bahawa Hilmi menggunakan ubat guna-guna kepada hayati sehingga Hayati berubah daripada sikap asalnya.
5. Seorang yang suka mengongkong : Datin Salmah ingin menentukan kehidupan anaknya Hayati dengan mengahwinkan hayati dengan Mohsin sedangkan Hayati tidak mencintai Mohsin.
6. Seorang yang tidak beriman : Datin salmah tidak mengerjakan sembahyang sejak hidup sebagai orang kaya dan berharta. Hal ini diceritakan penulis semasa datin salmah menyedari Hayati mula berubah mengerjakan sembahyang.
7. Insaf akan kesilapannya dan ingin menebus dosanya : Datin salmah kesal atas perkara yang telah dilakukannya ke atas Hilmi setelah mengetahui bahawa Hilmi ialah anak datuk Johari. Dia ingin menebus dosanya dengan menyatakan keinginannya untu memelihara anak Hilmi.
C. Hayati
1. Anak perempuan tunggal kepada datuk Johari dan datin Salmah : Berkahwin dengan Mohsin.
2. Seorang yang cantik.
3. Seorang yang penyayang : Hayati amat menyayangi Hilmi. Beliau juga amat sedih apabila Hilmi keluar dari rumah datuk Johari sehingga menyebabkan beliau berubah sikap.
4. Berubah daripada hidup kebaratan kepada hidup berasaskan agama : Sebelum bertemu Hilmi, hayati seorang yang periang dan hidup seperti remaja lain. Apabila Hilmi keluar dari rumah Datuk Johari, beliau berubah menjadi seorang yang mula mendekatkan diri kepada Tuhan dan mula bersembahyang.
5. Patuh kepada arahan ibunya : Hayati sanggup berkahwin dengan Mohsin walaupun beliau tidak mencintai mohsin. Hal ini dilakukannya demi menjaga hati ibunya, Datin Salmah.
D. Datuk Johari
1. Bapa kepada Hayati dan suami kepada Datin Salmah : Merupakan kakitangan kerajaan berjawatan tinggi. Beliau juga merupakan “bapa saudara” kepada Hilmi.
2. Seorang yang baik hati : Datuk Johari sanggup membenarkan Hilmi tinggal di rumahnya. Pada masa yang sama, beliau turut member pekerjaan kepada Hilmi sebagai tukang kebun di rumahnya.
3. Seorang yang bijak : Datuk Johari bijak memberi alasan supaya Hilmi tidak keluar dari rumahnya ketika Datin salmah mencadangkan supaya Hilmi keluar dari rumah itu kerana merosakkan piano Hayati. Pada masa yang sama, Datuk Johari bijak kerana hanya memotong gaji Hilmi sahaja.
4. Hidup seperti masyarakat barat : Kehidupan Datuk Johari yang kebaratan dapat dilihat apabila terdapat sebuah ‘mini bar’ di rumahnya. Beliau seorang peminum minuman keras.
5. Seorang yang tidak kuat pegangan agama : Digambarkan oleh penulis sebagai seorang yang sudah terlalu lama meninggalkan sembahyang lima waktu.
6. Seorang yang tidak bertanggungjawab : Datuk Hilmi meninggalkan isteri pertama sebaik dikahwininya iaitu ibu Hilmi. Beliau juga tidak pernah mengetahui bahawa Hilmi ialah anaknya sehingga diberitahu oleh pak karim. Datuk Johari telah melupakan tanggungjawabnya sebagai suami dan bapa.
Monday, October 26, 2009
NOTA BUKIT KEPONG
Pihak lnggeris mengisytiharkan darurat ke seluruh Tanah Melayu pada Jun 1948 akibat daripada ancaman pengganas komunis. Othman yang baru berusia 19 tahun dan berasal dari Kampung Keladi di Kulim Kedah berminat menjadi polis walaupun dilarang oleh ibunya. Setelah menamatkan latihan selama enam bulan di Pusat latihan Polis Kuala Lumpur, Othman berkahwin dengan Limah. Selepas itu dia memulakan perkhidmatan di Pagoh, Muar, Johor. Beberapa bulan kemudian, Othman ditukarkan ke Rumah Pasung Bukit Kepong. Limah yang sedang hamil terpaksa di hantar balik ke kampung. Pada ketika itu ancaman pengganas komunis di Bukit Kepong dan ka wasan sekitarnya semakin hebat. Pada subuh 23 Februari 1950, 180 orang pengganas komunis menyerang Rumah Pasung Bukit Kepong yang hanya dipertahankan oleh 18 orang anggota polis. Pasukan polis diketuai oleh Sarjan Jamil Mohd Shah. Walaupun bilangan anggota polis sangat kecil tetapi mereka berjuang dengan berani. Akhirnya, hanya empat orang anggota polis yang terselamat, termasuk seorang anggota polis tambahan. Othman turut terselamat tetapi mengalami kecederaan di lutut kiri dan tangan kiri. Setelah menerima rawatan selama empat minggu di Hospital Muar, Othman dibenarkan bercuti. Dia segera balik ke kampung. Isterinya yang baru melahirkan anak lelaki mengalami tekanan jiwa apabila mendapat berita kononnya Othman telah meninggal dunia. Othman meletakkan jawatan apabila keadaan isterinya semakin teruk sehingga dihantar ke Hospital Bahagia di Ipoh. Kaki kiri Othman pula terpaksa dipotong kerana kecederaannya tidak dapat dipulihkan.
TEMA DAN PERSOALAN
Aspek yang mendasari sesebuah karya kreatif ialah temanya. Berdasarkan novel yang telah anda pelajari, huraikan tema dan persoalan yang diutarakan oleh pengarang.
Novel Bukit Kepong memaparkan tema keberanian dan semangat juang anggota pasukan keselamatan dalam mempertahankan tanah air daripada ancaman pengganas komunis. Dalam hal ini, 18 orang anggota polis dan penduduk Kampung Bukit Kepong mempertahankan kompleks polis Bukit Kepong daripada serangan komunis yang seramai 180 orang.
- Persoalan-persoalan yang dikemukakan ialah semangat kerjasama antara anggota polis dengan penduduk mukim Bukit Kepong. Penduduk kampung bekerjasama menjaga keselamatan dengan menubuhkan Unit Pengawal Keselamatan Kampung dan Unit Parang Panjang.
- Persoalan kedua yang ditimbulkan dalam novel ini ialah kekejaman pihak komunis. Pengganas komunis melakukan pelbagai kekejaman untuk menakutkan rakyat supaya menyokong perjuangan mereka untuk memerintah negara ini.
- Persoalan ketiga pula ialah tanggungjawab dan ketaatan menjalankan tugas. Othman Yusof sedia ditempatkan di Rumah Pasung Bukit Kepong yang kekurangan anggota keselamatan. Dia juga sanggup meninggalkan isterinya yang sarat mengandung dan keluarg a demi tugas dan tanggungjawabnya kepada negara.
- Persoalan yang terakhir ialah jasa yang tidak dihargai. Othman Yusuf yang banyak memberikan sumbangan terhadap keamanan negara seakan -akan tidak dihargai selepas peristiwa tragis itu. Othman sukar mendapat bantuan kaki palsu daripada pihak berwajib walaupun dia banyak berkorban untuk negara.
WATAK DAN PERWATAKAN
WATAK UTAMA
- Watak utama memainkan peranan penting dalam menghidupkan cerita sesebuah novel. Huraikan watak dan perwatakan watak utama dalam novel yang telah anda pelajari.
WATAK SAMPINGAN
- Watak sampingan memainkan peranan yang penting dalam perkembangan plot sesebuah novel. Huraikan watak dan perwatakan watak sampingan dalam novel yang anda kaji.
Watak sampingan dalam novel Bukit Kepong ialah Limah. Limah merupakan isteri Othman. Limah merupakan anak kepada Lebai Karim dan Mak Jah. Dia berpindah ke Pagoh kerana mengikut suaminya bertugas. Perwatakan Limah dalam novel ini ialah dia seorang penyabar. Dia juga kuat agama dan hal ini dapat dilihat apabila dia mengajar anak-anak polis belajar mengaji. Limah bersabar apabila ditinggalkan suami kerana dipanggil untuk bertugas dengan segera. Selain itu, Limah juga seorang isteri yang patuh kepada suaminya. Dia sanggup bersama-sama suami dalam susah dan senang. Dia juga terlalu mengikut emosi. Limah mengalami sakit jiwa kerana menyangka suaminya telah terkorban.
JENIS-JENIS WATAK
- Watak utama dan watak sampingan merupakan dua kategori watak yang penting untuk menghidupkan jalan cerita sesebuah novel. Berdasarkan novel yang anda kaji, huraikan kategori watak -watak berikut dengan contoh yang sesuai.
PROTAGONIS
- Merupakan watak utama dalam sesebuah cerita.
- Tidak semestinya hero.
- Sentiasa berdepan dengan konflik khususnya dalam merealisasikan impiannya.
ANTAGONIS
- Penentang kepada cita-cita dan perjuangan protagonis.
- Memiliki nilai-nilai berlawanan dengan pembawaan watak utama.
huraiannya : Mereka sentiasa menentang kesungguhan watak utama yang ingin memelihara keamanan negara.
DINAMIK
- Mengalami perubahan sikap dan perlakuannya, sama ada daripada positif kepada negatif atau sebaliknya.
Huraiannya: Perubahan dari segi kerjaya , beliau telah berubah daripada seorang penoreh getah
kepada seorang anggota polis.
STATIK
- Watak yang tidak memperlihatkan sebarang perubahan, sama ada daripada segi aksi mahupun psikologinya.
Huraiannya: Mereka kekal sebagai watak penjahat iaitu pengganas komunis.
PLOT
Huraikan binaan plot bagi novel yang anda kaji .
Plot novel Bukit Kepong dibina secara kronologi, iaitu susunan peristiwanya mengikuti urutan masa. Pada permulaan cerita, watak utama dan watak-watak sampingan diperkenalkan. Othman memulakan kehidupannya sebagai seorang anggota polis. Pada peringkat perkembangan cerita, kisah Othman Yusof dan anggota -anggota polis yang tamat latihan dihantar bertugas dibeberapa tempat. Konflik berlaku apabila O thman dihantar bertugas di Bukit Kepong kerana sering diancam oleh pengganas komunis. Cerita mencapai klimaks apabila berlakunya peristiwa serangan pengganas terhadap Rumah Pasung Bukit Kepong. 18 orang anggota polis mempertahankan Rumah Pasung Bukit Kepon g daripada serangan 180 orang pengganas komunis. Plot menurun ke tahap peleraian apabila Othman dirawat di hospital sebelum dibenarkan pulang ke kampungnya. Kakinya yang cedera terpaksa dipotong. Dia meletakkan jawatan daripada pasukan polis dan menjadi penoreh.Isterinya Limah dihantar ke Hospital Bahagia.
Terdapat beberapa teknik plot yang digunakan pengarang dalam novel Bukit Kepong ini. Teknik saspens dalam novel ini apabila bas yang dinaiki oleh Limah ditahan oleh segerombolan komunis. Pembaca tertanya -tanya akan hal yang berlaku kepada Limah dan penumpang yang lain. Pengarang juga menggunakan teknik kejutan apabila Limah seorang wanita yang lemah lembut dan pandai mengaj i itu mengalami sakit jiwa apabila menerima berita yang menyatakan bahawa suaminya, Othman Yusof terkorban. Pengarang juga menerapkan teknik monolog dalam novelnya. AP Redzuan Alias misalnya, telah bermonolog untuk menenangkan hatinya apabila mendengar bun yi yang mencurigakan semasa berkawal. Selain itu, teknik monolog dalaman juga digunakan oleh pengarang. Othman bercakap sendirian ketika melihat beberapa bilah buluh yang dicacakkan ke tanah sewaktu dia memeriksa kawasan kebun getah.
LATAR
Latar Tempat:
1. Kampung Keladi, Kulim : Tempat Othman Yusof dilahirkan dan dibesarkan.
2. Rumah Pasung Sungai Petani : Othman dan rakan-rakannya menghadiri temu duga pemilihan
anggota polis.
3. Pusat Latihan Polis: Othman menjalani latihan menjadi seorang polis
4. Rumah Pasung Bukit Kepong: Peristiwa serangan komunis terhadap anggota pasukan polis dan membunuh sebahagian besar anggota polis yang bertugas.
5. Hospital Kulim: Othman Yusof melawat isterinya Limah yang dirawat kerana mengalami sakit mental.
6. Rumah pasung Kota Sarang Semut: Othman Yusof diarah melakukan tugas -tugas ringan kerana kecederaannya yang belum pulih.
LATAR MASA
1. Dari Jun 1948 hingga pertengahan tahun 1950: Masa darurat, iaitu tempoh pengganas komunis cuba merampas kuasa.
2. 23 Februari 1950: Peristiwa serangan ke Rumah Pasung Bukit Kepong oleh MASA pengganas komunis.
3. 24 Februari 1950: Dato’ Onn Jaafar, Menteri besar Johor melawat ke kawasan kejadian dan melawat pusara mereka yang gugur dalam pertempuran.
4. Waktu subuh : Rumah pasung Bukit Kepong musnah dibakar oleh komunis.
5. Malam Tahun Baru Cina: Ramai orang Cina yang bukan berasal dari tempat itu berkumpul di Kawasan Bukit Kepong.
6. Waktu Petang: Bas yang dinaiki oleh Limah dan penduduk kampung ditahan dan dibakar oleh komunis.
LATAR MASYARAKAT/ BUDAYA:
1. Masyarakat kampung yang hidup serba sederhana: Keluarga Othman Yusof hidup dalam keadaan serba sederhana di Kampung Keladi dan menjadikan kerja menoreh getah sebagai sumber pendapatan.
2. Masyarakat pasukan polis yang berjuang demi keamanan negara: Rumah Pasung Bukit Kepong menempatkan beberapa keluarga anggota polis yang terpaksa berhadapan dengan ancaman pihak komunis yang berterusan.
3. Masyarakat pengganas yang terdiri sebahagian besar daripada orang Cina dan segelintir orang Melayu.
4. Pihak pengganas: menjadikan orang Melayu sebagai tali barut dalam melaksanakan perjuangan untuk merampas kedaulatan tanah air daripada pihak berkuasa.
5. Masyarakat kampung yang menjadi mangsa kekejaman pengganas komunis: Rakyat diugut untuk menyokong perjuangan komunis. Penganas merampas harta benda dan menghasut pekerja -pekerja ladang dan lombong supaya mogok.
6. Masyarakat petani : Bekerja di ladang getah dan sering diugut komunis supaya menjadi tali barut atau menyediakan bekalan makanan dan ubat.
NILAI
- Nilai-nilai yang terkandung dalam sesebuah karya dapat menjadi teladan kepada pembaca. Bincangkan nilai -nilai yang terdapat dalam novel yang anda pelajari.
1. Berani: Othman Yusof berani menghadapi ancaman pengganas komunis walaupun bilangan anggota polis sangat terhad.
2. Kasih sayang: Othman Yusof menunjukkan kasih sayang terhadap isterinya yang mengalami penyakit mental dengan sentiasa menziarahinya semasa di hospital.
3. Semangat kerjasama: Orang-orang kampung dan pihak polis bekerjasama mengadakan kawalan untuk menjaga kampung daripada ancaman komunis.
4. Kesabaran: Othman sabar menghadapi dugaan sehingga kakinya terpaksa dipotong akibat kecederaan.
5. Bertanggungjawab: Othman merupakan suami yang bertanggungjawab kerana mengambil berat akan isterinya yang tidak pulang-pulang akibat bas yang dinaiki oleh Limah setelah diserang oleh pihak pengganas semasa pulang dari Muar.
PENGAJARAN
Terdapat banyak pengajaran yang dapat kita peroleh daripada karya sastera. Berdasarkan novel yang anda kaji, nyatakan pengajaran-pengajaran yang dapat anda peroleh.
1. Kita hendaklah berani mempertahankan tanah air daripada sebarang ancaman: Othman Yusof dan anggota -anggota polis Bukit Kepong berani mempertahankan tanah air daripada ancaman pengganas walaupun nyawa mereka dalam bahaya.
2. Kita perlulah mengamalkan sikap bekerjasama demi kesejahteraan: Orang kampung dan pihak polis Bukit Kepong menjalinkan kerjasama untuk mengawal kampung daripada ancaman komunis.
3. Kita hendaklah sentiasa bersabar alam menempuh kehidupan yang mencabar: Othman Yusof sentiasa sabar dalam menempuh dugaan demi dugaan seperti isterinya yang mengalami masalah mental.
4. Kita mestilah bertanggungjawab melaksanakan tugas yang diamanahkan: Othman akur dengan arahan supaya berpindah ke Bukit Kepong yang diancam oleh komunis.
FAEDAH DIPEROLEH DARIPADA MEMBACA NOVEL BUKIT KEPONG
1. Mengandungi pelbagai nilai murni dan pengajaran:
- Semangat cinta akan tanah air dalam mempertahankan kedaulatan negara yang ditonjolkan melalui watak Othman.
- Semangat ini wajar diteladani oleh para pembaca.
2. Menambahkan pengetahuan tentang sesuatu perkara/ sejarah negara:
- Novel Bukit Kepong mengutarakan peristiwa bersejarah seperti darurat dan ancaman komunis yang pernah berlaku di negara kita.
- Antaranya, tindakan komunis menyerang Rumah Pasu ng Bukit Kepong. Mereka membunuh sebahagian besar anggota polis dan membakar rumah pasung.
- Pembaca dapat menambahkan pengetahuannya dalam bidang sejarah.
3. Mempelajari gaya bahasa yang menarik dan berkesan.
- Pengarang menggunakan pelbagai kata termasuk kata pinjaman bahasa Inggeris dan bahasa Arab . Pembaca dapat memperkayakan pengetahuan kosa katanya.
- Pengarang juga menggunakan pelbagai unsur gaya bahasa seperti simile, hiperbola, personifikasi , dan peribahasa.
4. Mempelajari teknikteknik mengarang novel.
- Pembaca yang berminat menjadi novelis dapat mempelajari teknik -teknik mengarang secara tidak langsung.
- Pengarang banyak menggunakan teknik imbas kembali dan saspens untuk mengembangkan plot. Unsur tersebut dapat menarik minat pembaca untuk membacanya hingga selesai.
GAYA BAHASA
1. Pemilihan diksi yang sesuai dengan latar cerita yang melibatkan peperangan antara
anggota polis dengan komunis: contohnya rumah pasung, berek kelamin, karbain, stengan , kubu, magazine, bom, peluru
2. Penggunaan Bahasa Asing: contohnya seperti:
Bahasa Inggeris ( sebab Inggeris menjajah Tanah Melayu ) ; Good morning, sir, cover, combat, wickom, holster, hammock, bugle, bush jacket, jungle squad, sur render.
Bahasa Arab ( sebab kebanyakan masyarakat berbangsa Melayu yang beragama Islam); Allah, Allahuakbar, Fatihah.
Bahasa pasar ( sebab penganas komunis berbangsa Cina kurang fasih berbahasa Melayu) ; lu orang, kasi tolong, gua, aya.
3. Unsur simile: contoh "bunyi awal bersahut-sahutan seperti bertih goreng"
4. Penggunaan peribahasa: contoh, nyawa-nyawa ikan, buah mulut, anak buah
5. Unsur hiperbola: contoh, darah memancut dengan banyaknya membasahi badannya ( untuk menggambarkan kedahsyatan suasana perang )
6. Unsur personifikasi: contohnya, "api marak menjilat minyak tanah tadi", "matahari sudah membenamkan dirinya di ufuk barat....."
SENARAI PERIBAHASA
TINGKATAN 4
1. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat
Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.
2. Darah daging
Maksud : Anak dan saudara-mara daripada keturunan sendiri.
3. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
Maksud : mengalami susah senang bersama-sama.
4. meninggi diri
Maksud : Sombong
5. bermuka dua
Maksud : Tidak jujur.
6 baik hati
Maksud : Bersikap baik dan penyayang (suka menolong).
7. tulang belakang
Maksud : Punca kekuatan/ orang harapan
8. bara yang digenggam biar sampai jadi arang
Maksud : Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar, sehingga mencapai kejayaan.
9. bagai kaca terhempas ke batu
Maksud : Sangat sedih atau kecewa.
10. melentur buluh biarlah dari rebungnya
Maksud : Mendidik anak biarlah sejak mereka kecil lagi.
11. duduk sama rendah, berdiri sama tinggi
Maksud : dua orang atau pihak yang sama darjat dalam adat
12. seperti lembu dicucuk hidung
Maksud : Orang yang selalu menurut kemahuan orang
13. yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing
Maksud : Bersama-sama menghadapi atau mengerjakan sesuatu.
14. dayung sudah di tangan, perahu sudah di air
Maksud : segala-gala yang dikehendaki sudah diperoleh.
15. terang hati
Maksud : Lekas pandai.
16. rendah hati
Maksud : Tidak sombong
17. murah hati
Maksud : Pemurah.
18. tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
Maksud : Adat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap utuh.
19. Tangan kosong
Maksud : Hampa.
TINGKATAN 5
Maksud : Peniaga yang mengambil keuntungan yang terlalu tinggi.
2. bagai aur dengan tebing
Maksud : Hubungan yang rapat antara sama sama yang lain dan saling membantu.
3. anak dagang
Maksud : Orang luar yang datang menetap di sesuatu tempat
4. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri
Maksud : Walau bagaimanapun kelebihan di negara orang, tetap negeri sendiri lebih baik lagi.
5. kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai
Maksud : Kalau takut berhadapan dengan penderitaan , lebih baik jangan melakukan sesuatu yang susah
6. indah khabar daripada rupa
Maksud : Perkhabaran tentang sesuatu perkara yang dilebih-lebihkan.
7. hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
Maksud : Pengagihan yang sama banyak.
8. bukit sama didaki, lurah sama dituruni
Maksud : Perhubungan yang sangat akrab, senang susah bersama.
9. kacang lupakan kulit
Maksud : Orang yang melupakan asalnya atau orang yang pernah menolongnya setelah mendapat kesenangan.
10. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
Maksud : Menurut adat atau peraturan di tempat yang kita diami atau tinggal.
11. masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak
Maksud : Menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan
12. ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua
Maksud : kesilapan yang dilakukan oleh seseorang menyebabkan orang lain yang menerima akibatnya..
13. memerah otak
Maksud : Berfikir dengan bersungguh-sungguh.
14. kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
Maksud : Tak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah
15. berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian
Maksud : Bersusah payah terlebih dahulu untuk mendapatkan kesenangan pada kemudian hari.
16. yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang
Maksud : Sesuatu benda tidak akan datang tanpa usaha
17. sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit
Maksud : Sabar mengerjakan sesuatu lama-lama berhasil juga.
18. bak cendawan tumbuh selepas hujan
Maksud : Terlalu banyak pada sesuatu masa.
19. bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.
Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.
20. yang kita kejar tak dapat, yang kita kendong pula berciciran
Maksud : Bernasib malang kerana setelah memperoleh sesuatu, tetapi yang sudah di tangan hilang pula.
21. mencari jalan
Maksud : Berikhtiar menyelesaikan sesuatu perkara.
22. biar mati anak, jangan mati adat
Maksud : orang yang kuat perpegang pada adat.
23.sediakan payung sebelum hujan
Maksud : Berjaga-jaga dulu sebelum mendapat sesuatu bencana.
24. berbesar hati
Maksud : Gembira.
25. anak buah
Maksud : a. Anak saudara. b. Pekerja di bawah jagaan kita.
26. tuan rumah
Maksud : tempat berlangsungnya sesuatu acara
27. yang lama dikelek, yang baharu didukung
Maksud : Adat yang lama tetap diamalkan di samping budaya hidup yang baharu.
28. batu penghalang
Maksud : Halangan
29 untung anak lelaki cari-carikan, untung anak perempuan nanti-nantikan
Maksud : orang lelaki yang merisik bakal isterinya.
30. bagai ikan pulang ke lubuk
Maksud : a. Orang yang pulang ke tempat asal. b. Kehidupan yang senang.
KATA SENDI NAMA
- Kata sendi ialah satu kata tugas yang boleh membentuk frasa dalam bahasa Melayu.
- Kata tugas lain tidak membentuk frasa
- Kata tugas digunaan sebelum kata nama dna frasa nama.
- Kata sendi nama pula mempunyai pelbagai tugas.
- Lihat contoh-contoh di bawah
Sendi Nama | Tugas/contoh |
di | Menunjukkan tempat (di pejabat) Menunjukan perbuatan (dipukul, dicuci) |
ke | Menunjukkan tempat atau arah tujuan (ke Indonesia) Menunjukkan waktu (dari petang hingga ke malam)
|
dari | Menunjukkan tempat atu arah datang Menunjukkan waktu atau masa
|
kepada | Menunjukkan sasaran/ditujukan Menunjukkan bahagian sesuatu Menunjukkan perubahan keadaan |
daripada | Menunjukkan punca (cadangan daripada Perdana Menteri) Menunjukkan sumber atau asal sesuatu (dibuat daripada bunga) Menunjukkan perbandingan (lebih banyak daripada) |
pada | Menunjukkan tempat sesuatu perbuatan (Layang-layang tersangut pada arial televisyen) Menunjukkan tempat tempat terdapatnya sesuatu (barang itu ada pada saya) Menunjukkan keterangan waktu ((bermula pada tengah malam) |
untuk | Menunjukkan kegunaan sesuatu (alat untuk membuka pintu) Menunjukkan sesuatu telah dikhaskan (pelamin itu untuk mempelai sahaja) |
bagi | Menunjukkan kegunaan sesuatu (kegunaan tuas bagi mengangkat kubah masjid) Derma bagi pelarian Afghanisatn itu dilarikan orang. |
demi | menunjukkan tujuan menunjukkan urutan Untuk menegaskan sesuatu |
tentang | Menunjukkan rujukan |
dengan | Menunjukkan turut serta Menunjukkan cara sesuatu perbuatan dilakaukan Menunjukkan benda yang digunakan Menunjukkan persamaan |
sejak, semenjak | Menjadi penanda waktu atau masa |
terhadap | Menunjukkan rujukan yang tentu |
oleh | Menunjukkan pembuat dalam ayat pasif Menunjukkan sebab |
akan | Menunjukkan rujukan selepas kata atau frasa adjektif |
hingga, sampai | Menunjukkan had masa atau peringkat |
seperti, bagai, umpama, laksana, bak | Menunjukkan perbandingan |
PENGIMBUHAN
Proses pengimbuhan ialah proses merangkaikan imbuhan kepada kada dasar untuk menerbitkan perkataan yang berlainan makna serta fungsi nahunya.
Dalam bahasa Melayu, imbuhan terdiri daripada morfem terikat yang dirangkaikan kepada kata dasar.
Imbuhan tergolong dala empat jenis, iaitu awalan, akhiran, apitan dan sisipan.
Imbuhan Kata Nama
Kata nama menerima keempat-empat jenis imbuhan - awalan, akhiran, apitan dan sisipan.
Contoh imbuhan pada awalan ayat
Awalan | Varian | Contoh perkataan | contoh penggunaan |
ke- | ke | kerabat, ketladak, kekasih | Kerabat diraja itu makan di warung sahaja. |
maksud awalan ke- menjadi penanda orang atau benda dengan memberi tumpuan kepada maksud yang terkandung dalam kata dasar. Kata nama yang diterbitkan mungkin konkrit atau bastrak | |||
peN- | pe- | pewangi, peragut, pesalah | Orang ramai membelasah peragut rantai itu sehingga pengsan. |
| pem- | pemfatwa, pemproses, pemberontak | Mesin pemproses sawit itu mahal harganya. |
| pen- | pensyarah, penswastaan, penagih, pendapat | Pensyarah itu keletihan kerana menyampaikan lima kuliah sehari |
| peng- | pengkritik, pengamal, pengkhianat, pengacau, pengaudit, penghantar, pengasuh | Pengacau itu menggangu pengasuh kanak-kanak setiap hari. |
| penge- | pengecualian, pengeluar, pengesan, pengebom | Pengebom berani mati itu terkorban akibat perbuatan sendiri |
| pel- | pelabur, pelajar, pelayar, pelampau, pelakon | Pelabur diingatkan supaya menyemak nombor kad pengenalan sebelum mengisi borang. |
peR- | per | pertapa | Pertapa itu menghabiskan masa enam purnama untuk menghabiskan zikirnya. |
juru- | juru- | jurutaip, jururunding, jurubahasa | Semua tugas diserahkan kepada jurutaip, sehingga akhirnya dia meletakkan jawatan. |
dwi-(menunjukkan bilangan dua bagi kata dasar) | dwi- | dwibahasa, dwifungsi, dwiedaran | Majalah itu diterbitkan dalam dwibahasa iaitu Tamil dan Inggeris. |
eka-(menunjukkan bilangan satu, kadangkala dirujuk juga adi-) | eka- | ekabahasa, ekakaum, ekafungsi | Pengunaan ekabahasa belum tentu menjamin perpaduan negara |
pasca-(dirujuk kepada `selepas') | pasca- | pascasiswazah | Pengajian pascasiswazah merujuk kepada bidang-bidang sarjana dan kedoktoran. |
pra-(menunjukkan makna `sebelum') | pra- | prasejarah, prakemerdekaan | Ahli arekologi itu menggali tulang-temulang manusia prasejarah. |
swa-menunjukkan maksud `sendiri') | swa- | swalayan, swamodal, swakarya | Pelanggan mengambil sendiri makanan di restoran swalayan itu. |
Contoh imbuhan pada akhiran ayat
Akhiran | contoh perkataan |
-man (menunjukkan sifat perkara - samada orang atau benda- yang dirujuk) | seniman, budiman |
-wan (perkara yang dirujuk adalah ahli dalam bidangnya) | olahragawan, usahawan |
-wati (menunjukkan wanita yang ahll dalam bidangnya) | pragawati, olahragawati |
-an | pakaian, kudapan, senaman, latihan, kenalan, jualan |
Contoh imbuhan pada apitan ayat
Apitan | contoh perkataan |
ke....an | kezaliman, kesenangan |
pe...an | peranan, pesisiran, pelancongan, pekarangan, peperangan |
peN...an | penyusunan, pengurangan |
Contoh imbuhan sisipan pada ayat
sisipan | contoh perkataan |
-el- | telunjuk, kelengkeng, kelabut |
-er- | keruping, seruling, serabut |
-em- | kemuning, kemuncup, kemelut |
AYAT PENYATA
AYAT PENYATA
*Untuk menyatakan sesuatu atau memberi keterangan.
contoh:
- Mereka berkumpul di padang sekolah.
- Orang Inggeris itu fasih berbahasa Melayu
- Bangunan sekolah sudah tua.
- Pemuda itu membawa ibunya ke klinik.
*Untuk bertanya atau menyoal.
*Ayat tanya boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu:
i. Ayat tanya tanpa kata tanya
contoh:
|
ii. Ayat tanya dengan kata tanya atau sendi nama
contoh:
- Cikgu kamu siapa?
- Siapakah cikgu itu? (kata tanya dengan partikel)
- Saudari tinggal di mana?
- Di manakah saudari tinggal?.(kata tanya dengan partikel)
- Cikgu kamu siapa?
- Siapakah cikgu itu? (kata tanya dengan partikel)
- Saudari tingal di mana?
- Di manakah saudari tinggal?.(kata tanya degan partikel)
*Bertujuan menimbulkan tindak balas daripada orangkedua.
*Umumnya tindak balas dapat diperolehi melalui suruhan, larangan, silaan, dan permintaan.
*Untuk tujuan suruhan, larangan, silaan dan permintaan, maka ayat perintah menggunakan kata perintah seperti jangan, usah, sila, jemput, minta, tolong dan sebagainya.
AYAT SILAAN*Ayat silaan iaah untuk menjemput atau menyilakan orang melakukan sesuatu. Ayat-ayat ini menggunakan kata perintah seperti jemput dan sila.
*Partikel -lah juga boleh digunakan untuk melembutkan ayat.
contoh:
- Sila jawap surat ini sekarang
- Silalah jawap surat ini sekarang. (Lebih lembut)
AYAT PERMINTAAN
*Ayat permintaan bertujuan meminta sesuatu dan biasanya menggunakan kata perintah tolong dan minta.*Partikel -lah boleh digunakan untuk melembutkan lagi ayat.